June 20, 2012

#12 - Various Phase

Assalamualaikum.

Agak lama since the last post. Malam ni malas nk fokus dekat satu jenis bahasa sebab dalam pemikiran ada lagi banyak perkara yang perlu difikirkan selain memokirkan perkataan-perkataan yang agak kasar untuk minda aku bekerja pada kondisi begini.

Sudan hampir penghujung Jun. Ya, penghujung. Perkataan yang amat sakit dan benci aku nak dengar. Tapi itulah. Itulah yang dialami oleh minda dan mental aku. Aku tak boleh mengelak, tak mampu buat apa-apa atas tindakan bodoh aku sendiri. Tak matang? Ya, aku memang tak matang. Umur dah lanjut, otak terkemut-kemut. Takpa, aku terima.

3 kali didatangi mimpi sakaratul maut membuat aku tersedar, terdetik untuk melakukan sesuatu. Tapi bukan ini yang aku nak. Bukan ini yang aku pinta. Tapi, ini yang aku terima, yang aku dapat. Takpa, aku cuma adaptasikan dari tajuk lagu kugiran kegemaran aku, Coldplay - God Put A Smile Upon Her Face untuk menutup segala perasaan. Tabah aku redah melankoli hidup kali ini dengan dogma-dogma yang merasuk kepala aku. Sekali lagi, tindakan aku bodoh.

Tapi,
Alhamdullillah, segala ajaran arwah Tokwan, aku ingat satu demi satu. Aku amati satu demi satu pesanan dan tuturannya untuk aku masa aku masih kecil. Lebih seronok bila abang kandung sendiri bertanya khabar tentang aku. Sebak. Itu saja yang aku mampu lakukan. Hakikatnya, aku rindu semua ahli keluarga aku dari orang lain. Lumrah anak muda di perantauan la.

6 bulan paling indah dalam hidup walaupun berkocak sana sini, aku masih mampu menstabilkan pelayaran ini. Tapi, kerakusan nakhoda menagih gelak tawa membuatkan pelayaran dilambung gelora besar. Tiada kedua katanya, sila berfikir katanya, kalau ada jodoh katanya. Bersabarlah, kata aku. Tak mampu aku nak melawan dan menongkah takdir. Umpama meluru kedalam lubang api untuk secebis nota usang. Namun, gertak hati untuk bersabar sampai bila-bila. Sengsara untuk sementara, tak bermaksud gagal untuk selamanya. Terima dengan hati terbuka, jangan melakukan benda bodoh. Kata azimat dari kawan yang aku boleh panggil sahabat yang sentiasa ada untuk membantu aku.

Berkat kesabaran, setelah lebih seminggu mencari kerja, hari ini aku cuba lagi. 2 kali percubaan, aku terus bernasib baik. Dengan mudah, pengalaman 10 tahun aku diiktiraf di JCo Donuts. Di cadang untuk bekerja secara tetap dari bekerja sambilan. Diberi jawatan Stocker, seumpama membuat kiraan stok di kedai cawangan. Alhamdullillah. Ini dikatakan rezeki berkat kesabaran. Doa aku termakbul jugak. Aku sangat bersyukur. Dijanjikan jawatan Pengurus selepas belajar, dipindahkan ke Queensbay Mall atau Pavillion, aku teruja. Tapi, masih menunggu kata putus dari pihak pengurusan. Takpa, tak kisah berita baik atau buruk, aku  tetap akan terima semua berita ini dengan tabah. Berita yang meruntun jiwa aku boleh aku tanggung, inikan pula berita sekecil itu. Enteng sahaja.

Tapi apa-apa pun, aku bersyukur kerna aku ada kenangan yang paling manis sepanjang 6 bulan ini. Hilang seorang kawan, sepuluh yang datang membantu. Aku sangat bersyukur. Aku gembira untuk kenang segala peristiwa lalu. Tapi tragedi pahit tu, aku tak dapat nak harungi seorang diri.

Aku mintak ampun dan maaf andai tersalah bicara, terlepas kata, tercelupar bahasa. Biar semua ini jadi satu persembahan dalam alam kenangan kita. Yang indah kita senyum, yang pahit dikeji jangan.

Tiada madah yang sesuai buat ketika ini untuk aku sudahi carutan kali ini.

Assalamualaikum.

May 17, 2012

#11 - Kenny Dalglish sacked


Hari ini dunia bola sepak dikejutkan dengan pemecatan Kenneth Mathieson Dalglish. Seorang legend di Anfield. Satu-satunya peyerang yang menjaringkan 100 gol dalam 2 liga ( English & Scottish ). Namun, aku sebagai penyokong dan peminat tegar, sentiasa akur dengan segala keputusan. Dia tampil sebagai pengurus pasukan kerana peminat-peminat mahukannya untuk mengendalikan pasukan The Reds ketika pasukan itu terumbang ambing.


Sekarang ni persoalannya, siapakah yang layak untuk menggantikan lagenda ini? Martinez? Benitez? Pep? AVB? Mana satu pilihan anda? Apa-apa pun, kita hanya boleh tunggu dan lihat. Aku taknak mengulas lanjut kerana masih berasa sedih.




P/S: Long live King Kenny, You'll Never Walk Alone!


@SayaAzhar
2.21AM
Rumah Bihan lagi.

May 15, 2012

#10 - Dia


Sekeping gambar, beribu taksiran, sejuta pengertian, satu alasan...

rindu dia.


@SayaAzhar
2.46AM
Bilik Nabihan, tumpang sahaja.

#9 - Hati




Hati ini mula gelisah,
Namun bukan menuju gundah,
Biar hati kekal tabah,
Kerna hari tak selalu indah.



Sebenarnya aku runsing dalam mengendalikan hal-hal berkaitan final project ni. Tapi aku tabahkan hati, belajar dari bawah, selok belok yang mampu aku tembus, aku redah. Tapi bukan dengan cara hentam kromo saja, tapi lengkap dengan adat dan madah. Bagi aku, aku percaya, segala penant lelah yang sedang dilalui, akan ada balasan yang setimpal dengan usaha yang kita lakukan.

Berfikiran positif itu baik tapi jangan sampai makan keyakinan diri. Sebab itu aku tak meletakkan harapan terlalu tinggi untuk satu-satu perkara. Tapi harapan boleh bertukar kenyataan, dan kenyataan boleh menjadi kemusnahan. Rajin-rajinlah kaji lentok liuk hidup di dunia yang serba plastik ini.

Untuk menjamin masa depan yang cerah, aku dah mula membuat kerja-kerja pencarian kerja di laman-laman yang menyediakan perkhidmatan berkaitan. Alhamdulillah, ada beberapa yang menambat hati. Tapi, HATI aku berat untuk memilih yang lain selain yang dipilih oleh si DIA. Moga segala yang dirancang berjalan lancar dan baik-baik belaka.


@SayaAzhar
2.16AM
Rumah Nabihan, Taman Dimensi


March 29, 2012

#8 - Will (Movie Review)


Anda peminat Liverpool? Anda gelar diri anda The Kops? Selalu melaungkan rangkap "You'll Never Walk Alone"? Ya, anda adalah peminat tegar Liverpool lah tu namanya. Tapi kalau setakat chanting bila pasukan kita menang saja pun tak guna,baik tebas je lalang-lalang tu. Maaf, emo sikit.

Will, satu filem yang mengisahkan Will, sorang kanak-kanak yang merupakan peminat tegar kepada pasukan Liverpool. Kematian emak pada usia yang masih kecil, ditinggalkan bapa selama 3 tahun, ditinggalkan di biara. Pada saat bapanya pulang dan bertemu kembali dengan Will, bagaikan sinar baru telah menyinari hidup mereka. Bermain bola, ketawa dan menyanyikan lagu keramat, adalah rutin mereka.

Bapanya telah menjanjikan Will satu hadiah yang sangat bermakna baginya. tiket ke perlawanan akhir UEFA Champions League, Liverpool vs AC Milan di Istanbul, Turkey. Tetapi malang melanda apabila bapanya telah mati dalam tidurnya. Dengan sokongan kawan-kawan di biara, Will berkeras mahu ke perlawanan akhir itu. Ditolong oleh Simon dan seorang lagi sahabat yang sangat berani, mereka berjaya mendapatkan tiket itu yang diletakkan pada tangan Virgin Mary.

Will kemudian berjumpa dengan kawan bapanya untuk mengambil wang pertaruhan yang telah dimenangi oleh bapanya sebelum itu. Tetapi, belum sempat mengambil wang itu, Will telah mencuri wang dari jualan bar pada malam itu dan belalu pergi. Will telah menumpang lori kargo dari South England ke Paris. Disinilah pengembaraannya bermula.

Sebenarnya, aku taknak cerita banyak sebab nanti korang tak tengok movie ni. Jadi, aku tinggalkan review ni kat sini dan korang kena tengok yang selebihnya. Muehehehe..

Apa-apa pun, sebagai peminat tegar Liverpool FC baik menang atau kalah, filem ini sangat baik dan memberikan satu impak positif dalam hidup aku. Liverpool all the way!

#YNWA #IKKWT #KTF