June 20, 2012

#12 - Various Phase

Assalamualaikum.

Agak lama since the last post. Malam ni malas nk fokus dekat satu jenis bahasa sebab dalam pemikiran ada lagi banyak perkara yang perlu difikirkan selain memokirkan perkataan-perkataan yang agak kasar untuk minda aku bekerja pada kondisi begini.

Sudan hampir penghujung Jun. Ya, penghujung. Perkataan yang amat sakit dan benci aku nak dengar. Tapi itulah. Itulah yang dialami oleh minda dan mental aku. Aku tak boleh mengelak, tak mampu buat apa-apa atas tindakan bodoh aku sendiri. Tak matang? Ya, aku memang tak matang. Umur dah lanjut, otak terkemut-kemut. Takpa, aku terima.

3 kali didatangi mimpi sakaratul maut membuat aku tersedar, terdetik untuk melakukan sesuatu. Tapi bukan ini yang aku nak. Bukan ini yang aku pinta. Tapi, ini yang aku terima, yang aku dapat. Takpa, aku cuma adaptasikan dari tajuk lagu kugiran kegemaran aku, Coldplay - God Put A Smile Upon Her Face untuk menutup segala perasaan. Tabah aku redah melankoli hidup kali ini dengan dogma-dogma yang merasuk kepala aku. Sekali lagi, tindakan aku bodoh.

Tapi,
Alhamdullillah, segala ajaran arwah Tokwan, aku ingat satu demi satu. Aku amati satu demi satu pesanan dan tuturannya untuk aku masa aku masih kecil. Lebih seronok bila abang kandung sendiri bertanya khabar tentang aku. Sebak. Itu saja yang aku mampu lakukan. Hakikatnya, aku rindu semua ahli keluarga aku dari orang lain. Lumrah anak muda di perantauan la.

6 bulan paling indah dalam hidup walaupun berkocak sana sini, aku masih mampu menstabilkan pelayaran ini. Tapi, kerakusan nakhoda menagih gelak tawa membuatkan pelayaran dilambung gelora besar. Tiada kedua katanya, sila berfikir katanya, kalau ada jodoh katanya. Bersabarlah, kata aku. Tak mampu aku nak melawan dan menongkah takdir. Umpama meluru kedalam lubang api untuk secebis nota usang. Namun, gertak hati untuk bersabar sampai bila-bila. Sengsara untuk sementara, tak bermaksud gagal untuk selamanya. Terima dengan hati terbuka, jangan melakukan benda bodoh. Kata azimat dari kawan yang aku boleh panggil sahabat yang sentiasa ada untuk membantu aku.

Berkat kesabaran, setelah lebih seminggu mencari kerja, hari ini aku cuba lagi. 2 kali percubaan, aku terus bernasib baik. Dengan mudah, pengalaman 10 tahun aku diiktiraf di JCo Donuts. Di cadang untuk bekerja secara tetap dari bekerja sambilan. Diberi jawatan Stocker, seumpama membuat kiraan stok di kedai cawangan. Alhamdullillah. Ini dikatakan rezeki berkat kesabaran. Doa aku termakbul jugak. Aku sangat bersyukur. Dijanjikan jawatan Pengurus selepas belajar, dipindahkan ke Queensbay Mall atau Pavillion, aku teruja. Tapi, masih menunggu kata putus dari pihak pengurusan. Takpa, tak kisah berita baik atau buruk, aku  tetap akan terima semua berita ini dengan tabah. Berita yang meruntun jiwa aku boleh aku tanggung, inikan pula berita sekecil itu. Enteng sahaja.

Tapi apa-apa pun, aku bersyukur kerna aku ada kenangan yang paling manis sepanjang 6 bulan ini. Hilang seorang kawan, sepuluh yang datang membantu. Aku sangat bersyukur. Aku gembira untuk kenang segala peristiwa lalu. Tapi tragedi pahit tu, aku tak dapat nak harungi seorang diri.

Aku mintak ampun dan maaf andai tersalah bicara, terlepas kata, tercelupar bahasa. Biar semua ini jadi satu persembahan dalam alam kenangan kita. Yang indah kita senyum, yang pahit dikeji jangan.

Tiada madah yang sesuai buat ketika ini untuk aku sudahi carutan kali ini.

Assalamualaikum.