May 15, 2012

#9 - Hati




Hati ini mula gelisah,
Namun bukan menuju gundah,
Biar hati kekal tabah,
Kerna hari tak selalu indah.



Sebenarnya aku runsing dalam mengendalikan hal-hal berkaitan final project ni. Tapi aku tabahkan hati, belajar dari bawah, selok belok yang mampu aku tembus, aku redah. Tapi bukan dengan cara hentam kromo saja, tapi lengkap dengan adat dan madah. Bagi aku, aku percaya, segala penant lelah yang sedang dilalui, akan ada balasan yang setimpal dengan usaha yang kita lakukan.

Berfikiran positif itu baik tapi jangan sampai makan keyakinan diri. Sebab itu aku tak meletakkan harapan terlalu tinggi untuk satu-satu perkara. Tapi harapan boleh bertukar kenyataan, dan kenyataan boleh menjadi kemusnahan. Rajin-rajinlah kaji lentok liuk hidup di dunia yang serba plastik ini.

Untuk menjamin masa depan yang cerah, aku dah mula membuat kerja-kerja pencarian kerja di laman-laman yang menyediakan perkhidmatan berkaitan. Alhamdulillah, ada beberapa yang menambat hati. Tapi, HATI aku berat untuk memilih yang lain selain yang dipilih oleh si DIA. Moga segala yang dirancang berjalan lancar dan baik-baik belaka.


@SayaAzhar
2.16AM
Rumah Nabihan, Taman Dimensi


No comments:

Post a Comment

Conteng arang