July 21, 2012

#14 - Maaf dari aku

Assalamualaikum.

Setiap yang bermula pasti ada penghujungnya. Yang membezakannya hanyalah baik dan buruk. Aku tak mintak semua ni berlaku dan biarlah benda ni jadi rahsia kami sampai mati. Tak perlu di hebahahkan, tak perlu dicanangkan.

Jodoh adalah satu ketentuan. Kita hanya mampu memilih siapa yang kita suka, tapi semua telah tertulis. Jadi terima sahaja kenyataan. Jangan melawan takdir. Andai tiada jodoh, lepaskanlah. Jika jodoh itu kuat, insyaAllah, pasti bertemu kembali dalam apa jua cara sekalipun.

Namun, setiap pahit, setiap hempedu, aku telan, aku gagah jugak untuk telan. Takpe, biar tak bahagia kt dunia, janji diakhirat sana kita bahagia. Dengan siapa, itu kena tunggu lah.Tapi yang pasti, kebahagian mutlak aku bukan dengan dia, mungkin orang lain, tapi yang pasti, kebahagiaan aku hanyalah dengan Allah SWT.

Buat dia, saya minta maaf, kita sampai disini sahaja. Jika ada jodoh, kita pasti dipertemukan. Jika tidak, saya harap kamu bahagia, gembira dengan siapa sahaja pilihan kamu. Jaga diri, jaga maruah, jaga solat, jaga amal, jaga nama baik keluarga. Jangan risau, doa utnuk kebahagiaan awak tak pernah putus selepas saya solat, sebab saya mengharapkan hanya yg terbaik untuk awak. Lagipun, kita sesama manusia, sesama Islam kan.

Aku tak mintak benda ni jadi, tapi, andai ada jodoh aku dengan sapa2, aku terima. Tapi buat masa sekarang, aku harap jodoh aku adalah dengan 2 orang mak aku. Aku nak jaga mereka sampai akhir nafas aku. Aku nak balas jasa mereka :)



Harap-harap tiada typo.
@SayaAzhar
11.15am
Taman Mutiara
-tengah cari alasan tak nak pergi kerja.

4 comments:

Conteng arang