March 23, 2012

#7 - The long awaited post

Assalamualaikum

Lama sungguh aku tak menjengah ke blog aku ni. Maklumlah, idea tak berbuah, pokoknya ditebang mungkin. Banayk benda yang berlaku sebelum ini. Masih ada beberapa puisi, dan catatan pendek yang masih belum mampu aku muat naik. Sebab utama adalah KEMALASAN yang membadai kepala otak aku. Sudah jadi lumrah hidup aku, power on  laptop hanyalah untuk online, gaming, movie dan download. Tak terniat untuk update blog ni.

Tapi hari ni aku gagahkan jugak la, mungkin sebab dah lemau aku nak study Event Management ni.

Ok, sebenarnya, aku datang library UiTM ni bertujuan untuk study pada mulanya. Bila dah lemau, tujuan bertukar. Disebabkan hari sebelumnya aku dah format laptop aku ni dari 32-Bit Environment ke 64-Bit Environment, aku pun nak jugak test power. Kali ni aku test guna Waterfox browser. Alternatif kepada Firefox. Waterfox ni sebenarnya adalah khas untuk 64-Bit. Saja nak cuba, tak cuba kita tak tau la macam mana prestasi dia kan?


So far, boleh tahan la laju 64-Bit ni. Sebab aku dah upgrade RAM dari 2GB DDR3 ke 4GB DDR3. Harga murah, aku sambar la.

Lagi satu, aku kembali ke dunia barbaric. Sebab aku dah tak guna smartphone. Aku dah jual BlackBerry 9700 aku. Ternyata periklanan dalam Twitter juga berhasil. Kurang 2 jam selepas aku iklan, @AhmadJuwe dah mula tanya. Dia suruh reserve, esok dia bank in. Aku wipe, save semua contact, dan macam-macam la. Pada pendapat aku la, BlackBerry ni tak dak la smart mana pun. Bayangkan, contacts tak boleh nk save all together in one click. Kena save satu-satu. Aku ada almost 300 contact, bayangkan aku habiskan 2 jam kat situ saja. Jadi, target seterusnya, another smartphone for me, and possibly for her too :)

Masa aku taip ni, aku kat library dengan Aqiff, Anis, Mya, Akmal, Najmi, Bibi and Wawa. Semua tengah stress study. Esok, 24/3/2012 kami ada paper Event Management. Alhamdullillah, carry mark sangat memberangsangkan. 54/60 tu kira ok la kan? Part A, dan Part C boleh gamble la nak jawab. Part B ni yang haru sikit. Long essay. Tapi untuk SWOT Analysis, luckily, Madam Najjah or Ibu bagi kami buat point by point. List down 5 point each. So, banyak gila nk kena study. Aku study la mana yang sempat.

By the way, gadis yang aku sayang tu da start blogging balik. Good for her. Sebab bagi aku, blog ni adalah salah satu medium untuk melepaskan perasaan selain dari cerita dari mulut ke mulut. Sebab tak semua org patut tahu, ye la, bukan semua orang tau address blog masing-masing pun kan?

Last week, dia datang Melaka untuk jumpa advisor dia kt KBM. So, aku teman dia. Dia naik bas dari TBS, turun kat Alor Gajah sebab senang aku nak pick up dia. Aku ambik dia, bawak dia balik hotel, bagi dia rehat and mandi, lepas tu aku bawak dia keluar makan. Rindu asam pedas katanya. Hehe. Dinner kat Hajjah Mona Assam Pedas memang tak pernah mengecewakan. Lepas makan, aku hantar dia balik hotel, sebab she need to rest a lot. Aku drive balik Alor Gajah. Esok pagi-pagi aku datang ambik dia kt hotel, check-out then pergi terus ke KBM. Malangnya, advisor dia ada masalah keluarga. Tunda lagi ke pukul 12. Aku pun lepak jela kt Subaidah dalam 2-3 jam. Dah habis tu, pergi beli tiket bas. Dapat pukul 6.30PM. We got another 5 hours to kill. Jusco is the place to be. Kami tengok movie SeeFood. Well, aku duduk dalam tu and tidur. Boleh bayangkan betapa boringnya cerita tu kan?

Habis tengok movie, window shopping. After that, hantar dia pergi Melaka Sentral, dia naik bas, aku balik. So far, dia sangat baik dengan aku. Tak pernah bagi aku sakit hati. Dah la datang time aku kering yang amat sangat. Nasib baik dia belanja. Hehehe..

Aku rasa itu je kot. Nak sambung study pulak rasanya. Nanti aku update lagi.

Sajak? Puisi? Nantikan. Akan datang bersama review-review Buku Fixi yang lain :)

Assalamualaikum.

@SayaAzhar
6:01PM
Library UiTM Lendu

No comments:

Post a Comment

Conteng arang