January 30, 2012

#2 - Review Bogel Menuju Tuhan



Review “Bogel Menuju Tuhan”

Assalamualaikum.. Mesti lucah je bunyi tajuk kali ni. Karya Zahiril Adzim yang Berjaya menyangkul kembali hati yang telah ditanam dengan dunia cyber secara rakusnya. Secara jujurnya, karya yang boleh dianggap karya agung sulung secara terbitan fizikal oleh tuan punya pena ini sememangnya membangkitkan kembali jiwa sastera.

Naskah kecil ini (dari segi fizikalnya) sangat kaya dengan karya-karya kontemporari dan nukilan yang tulus dari hati. Ternyata, “Bogel Menuju Tuhan” ini mempunyai maksud yang mendalam, bukanlah lucah dari pandangan mata kasar. Tetapi, itulah apa yang akan digambarkan oleh mereka yang berfikiran cetek.

 Tolong jangan salah intipretasikan maksud dengan sekali pandang. Nasihat saya, baca, fahami dengan jiwa yang kosong,serapkan apa yang digarapkan dan rasalah keunikan naskah ini. Saya masih tidak layak untuk memberi jumlah bintang. Hanya Cuma mampu untuk memberikan isyarat “BAGUS” dan mengungkapkan kata “HARUS DIBACA”. 

Terima Kasih
@SayaAzhar

No comments:

Post a Comment

Conteng arang