February 2, 2012

#5 - Kasino


Assalamualaikum

Seperti dijanjikan, aku akan review KASINO karya Saifullizan Tahir.

Novel ni mengisahkan seorang usahawan, Mohd Narcissus Yussof, seorang lelaki di usia pertengahan yang mengamalkan gaya hidup yang mewah. Seorang Dato' yang dikenali, merupakan seorang arkitek landskap yang mengendalikan projek di Marina Kuala Tualang. Jika diperhatikan, watak utama ini mengamalkan gaya hidup yang kebaratan, mungkin kerana terbawa-bawa sikap yang diperoleh ketika bekerja di luar negara.

Koceknya mula tergugat apabila Pakatan Rakyat mengambil alih tampuk pemerintahan di negerinya. Dia kemudiannya berhutang sebanyak RM3.8 juta kepada kerajaan negeri dan perlu melangsaikannya dalam masa 2 minggu. Dia tak cepat gelabah, pelbagai cara dicuba untuk selesaikan masalahnya, apa saja cara sanggup dilakukannya.

Kehidupan bebas bersama beberapa wanita turut dizahirkan melalui tulisan dalam karya ini. Dolly, Salmah, Magheedah dan beberapa lagi perempuan yang digarap dengan baik dan mampu mencetuskan emosi nakal seseorang lelaki normal.

Dalam tulisan novel ini banyak menggunakan atau menggambarkan bahawa watak utama sangat menggemari barangan berjenama. Segala-galanya berjenama terkenal. Maklumlah, pangkat tinggi dan duit banyak. Memandu sebuah Porsche dan BMW, serta mempunyai dua orang puteri yang masih kecil.

Pendapat peribadi aku, novel ini menarik sebab gaya penceritaan yang digunakan itu menarik. Seolah-olah menarik kita ke dalam alam yang digambarkan dalam tulisan ini. Jadi, tak rugi kalau membaca novel ini.


P/s: Ini adalah novel Buku Fixi pertama aku.

P/s lagi: Aku tak pandai menulis, tapi sekadar mencuba. Review2 sebegini aku jadikan latihan. Maaf jika tidak sempurna :)

@SayaAzhar
1 Februari 2012
4.13am
Bilik tidur Taman Mutiara
*masih segar

No comments:

Post a Comment

Conteng arang